Resepi Ketam Serbuk Kari Enak dan Nikmat

Ketam adalah krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai “ekor” yang amat pendek (Greek: brachy = pendek, ura = ekor), atau di mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae). Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal.

Bahan-bahan:

  • 1 kg ketam bunga
  • sedikit sos tiram
  • bahan perasa

Bahan yang Dikisar :

  • 100 gm bawang merah
  • 100 gm bawang putih
  • 100 gm cili merah
  • 2 batang serai
  • 20 gm cili kering

Bahan A:

  • sedikit daun kari
  • sedikit belacan
  • sedikit serbuk kari
  • 120 gm udang kering

Cara-cara Menyediakan:

  • Goreng ketam bunga separuh masak dan ketepikan…
  • Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan masak..
  • Kemudian,masukkan bahan A dan sedikit air..biarkan ianya sebati..
  • Masukkan pula sos tiram dan bahan perasa..
  • Gaul sehingga sebati dan biarkan ia sehingga masak barulah dimasukkan ketam yang sudah digoreng tadi..
  • Tambahkan bahan perasa..dan sedia untuk dihidang..

Itu adalah cara membuat olahan ketam yang enak dan gurih. Terimakasih.

Resep Paling Sedap:

Resepi Ketam Serbuk Kari Enak dan Nikmat | Dea | 4.5